Saturday, June 20, 2009

Peringkat muatan 10 ribu beg cendawan


Gambar 1 : Hi..perkembangan Projek Cendawan yang dibesarkan hampir sepenuhnya siap. Perkembangan terkini dimuat turunkan gambar2 yang terbaru berkenaan dgn "Pembesaran bangsal"..macam belon yang di tiup...membesar dan terus membesar...Aku sendiri pun terkejut ketika tengok bangsal tu...gemuk sudah..hahaha. Bangsal di atas disiapkan dalam masa hampir seminggu dengan upah buat kira lumayan juga la...Tapi, bagiku ia memang sesuatu yang berbaloi memandangkan..pulangan akan di perolehi lebih cepat sekiranya Kesemua beg cendawan memenuhi bangsal gemuk saya ini..hehehe.
Gambar 2 : Pandangan dari depan. Bangsal cendawan yang beratapkan zink. Plastik yang warna biru gantung2 macam obat tu sebenarnya berisi air paip..Ntah apa kejadah air paip di gantung macam tu..kerja sapa aku sendiri pun tak tau....Maybe hendak melempabkan area sana kot..hahaha..


Gambar 3 : Gambar di atas adalah pandang depan. Zink di tingkat kan..dan di buatkan payung2 supaya udara panas boleh naik ke atas dan keluar. Memang nyaman bila berada di dalam bangsal tu...Rasa macam nak tido aja.. cendawan pun harap2 lepas ni tumbuh besar dengan senyuman.. :-)


Gambar 4 : Mister sang katak...bukan "katak yang hodoh" ye...hehehehe..harganya sekitar rm100 lebih mahal dan berbaloi untuk melembapkan bangsal..Comel kan..macam mau di cium aja..haha hehehe

Itu saja buat masa ini...ada banyak lagi sebenarnya tapi next time la ya...Gua penat baru abis tengok Wayang Blood (The last Vampire) yang ntah apa2 cerita dia tu.. tq

Tuesday, May 26, 2009

Kali ni saya kemaskini lagi blog saya dengan beberapa plan kasar untuk membesarkan lagi bangsal dan empayar cendawan saya..hehehe


Gambar1 : Tanah kosong yang sesuai untuk tapak bangsal yang baru dan besar..ianya terletak di belakang rumah saya aje..hehe. Dengan support dari Kakak ku yang tersayang iaitu Linda yang berada Di jepun sekarang ini. Arigato zaimas kak, sebab support kitorang di kampung ni dengan duit modal untuk besarkan lagi...



Gambar2 : Inilah chiller2 yang besar dan murah akan saya beli bila projek besar siap nanti..untuk muatan yang besar kena beli yang besar lagi la..hehe



Gambar3 : Tak sangka pulak mesin fog yang ada di jual di pasaran ini berbentuk frog ( katak) cute plak tu hehehe...tapi x apa la...dengan harga rm199, saya korbankan..dapat juga memiliki mesin ajaib ini..ia mampu menghasilkan embun yang begitu halus..nampak gaya makin lembab la saya punya bangsal ni..hehehe..

Gambar4: Kesian mama, kepenatan membungkus cendawan...Senyum sikit ma :-) , sebab sekejap lagi Gui Brothers akan pamerkan di kedainya cendawan yang kita bungkus ni untuk di jual. Duit...Duit... :-)itu saja untuk kali ni..sekian..hheeheheee

Saturday, February 21, 2009

Cendawan Ku

Ari ni baru la ada masa aku untuk mengemaskinikan blog yang sudah lama terbiar ini. Dalam kesempatan ini aku sempat mengUPLOADkan beberapa gambar menggunakan Telefon Bimbit N78 aku. Biarpun cuma 3.2Mp tapi kualitinya jelas dan serupa kamera digital. hehehe... selamat menjenguk ya...


1. Peti sejuk yang digunakan untuk mempercepatkan proses pertumbuhan cendawan.

2. Ini la senarai harga yang aku gunakan untuk kesenangan bila hendak menjual Hasil Cendawan.
3. Kedudukan susunan rak yang menampakkan polibeg2 cendawan disusun 3 baris setiak rak.
4. Ini dia view bangsal kecikku.
5. Dan ini view dari jauh...yang kiri tu bangsal asal dan yang kanan setelah di renovatekan menggunakan atap zink saja.

Friday, October 31, 2008

Hari ni tanggal 31hb oktober adalah hari penting bagi saya. Hari jadi saya. Hari 1000 beg cendawan baru tiba, dan juga hari saya membuat Presentation di hadapan panel-panel yang bertaraf GM.

Terima kasi pada semua yang memberi kata selamat dan panjang umur kepada saya yang sudah tua ini..hehehehe

Wednesday, June 11, 2008

Kedudukan Dalam Bangsal

Ini sebahagian gambaran dalam bangsal..setiap baris rak ada 4 tingkat dan setiap tingkat mampu menampung 3-4 lapisan tindih bongkah, dan setiap baris rak mampu disusun sebanyak 336 bongkah beg. Rasa tak sabar untuk memutik hasil cendawan yang banyak lepas ni. huuuuu...

Tuesday, June 10, 2008

Selamat Datang ke YAF blog..


Gambar di atas adalah proses untuk membesarkan pondok kecil saya kepada 13' x 30'. Kelihatan pakcik Didin sedang menjelaskan struktur pondok separuh siap itu kepada pakcik Rejin.